Buat kamu...apa erti REMAJA???

Page ini diwujudkan atas dasar keprihatinan dengan keperluan REMAJA hari ini dan juga berdasarkan pengalaman serta pengamatan saya sebagai kaunselor sekolah.

Page ini;
Melontarkan idea-IDEA SEGAR dan SEDAR.
Membuahkan pemikiran MINDA SEGAR dan SEDAR..
Menggerak ampuh FIZIKAL SEGAR dan SEDAR

Sunday, 17 July 2011

TIPS PENAMPILAN BAGI MEREKA YANG BERTUBUH BESAR

"Saya sangat gemuk, punggung saya terlalu besar !!"
Anda tidak berpuas hati dengan salah satu bahagian tubuh anda?

TIPS PENAMPILAN BAGI MEREKA YANG BERTUBUH BESAR
Bagi anda yang memiliki tubuh yang agar berisi sudah pasti mengalami kesulitan dalam memilih pakaian.Masalah akan menjadi lebih sukar apabila sukar untuk menutup bahagian-bahagian yang menonjol. Biasanya yang paling menjadi masalah adalah di sekitar pinggang, pinggul, perut dan peha.

Adalah menjadi kemestian bagi mereka yang ingin menempah atau memilih pakaian.Harus diingat untuk membuat busana yang cantik dan elegan adalah dengan menjadi diri sendiri dengan tidak meniru org lain.Maksudnya ketika menempah/membeli baju anda tidak harus melihat dari penampilan orang lain yang kelihatan hebat tetapi melihat kondisi tubuh anda.

PETIKAN | Group IMEJ dan PENAMPILAN oleh Iza Consultancy

Cik Iza akan bersama-sama dengan anda BICARA tentang ATITUD, IMEJ dan PERSONALITI REMAJA dalam BENGKEL MEMPERKASA ATITUD DAN PERSONALITI REMAJA pada 23 Julai 2011 ini. Senangkan diri menghubungi talian panas 012.4.999.100 untuk tempahan seat100:) Teens.NEXT(^__^)b.

Apakah Masalah IMEJ DIRI?


Apakah masalah imej diri?
Apabila anda rasa tidak gembira mengenai paras rupa anda, dan anda sangat teringin untuk kelihatan berlainan, maka anda mempunyai masalah imej diri.
Jika anda mempunyai masalah ini, anda akan merasa tidak gembira dengan:
Keseluruhan rupa anda : (Contohnya, "Saya sangat gemuk, punggung saya terlalu besar !!")
Anda tidak berpuas hati dengan salah satu bahagian tubuh anda
(contohnya : "Saya berharap mempunyai dagu seperti Anuar Zain")
Apabila anda tidak berpuas hati dengan tubuh badan anda, ia sangat normal bagi anda mahu menukarnya, dan mencuba sedaya-upaya untuk mendapatkan perubahan ini.

Segala perubahan tentang IMEJ DIRI ini pasti terjawab dalam Bengkel Memperkasa Atitud dan Personaliti Remaja pada 23 Julai ini. Ok adik2 segera booking tarikh ini, seat100 semakin PANASSSS!!!pasti berbaloi-baloi;)

Friday, 15 July 2011

*BENGKEL MEMPERKASA ATITUD DAN PERSONALITI REMAJA*

*BENGKEL MEMPERKASA ATITUD DAN PERSONALITI REMAJA*

Tarikh : 23 JULAI 2011
Tempat : Institut Pemikir Gpms Perak, Kg.Seri Rahmat Batu Gajah
Peserta : Terbuka kepada semua REMAJA (pelajar sek.men./PraU/IPTA/IPTS)
Bayaran Penyertaan : RM20.00 seorang (merangkumi bahan, makan/minum peserta)
Pengisian Program:
Slot 1 Pengenalan
Penampilan dan Personaliti
• Remaja dan Penampilan
• Memahami konsep penampilan remaja
• Memahami konsep personaliti diri sebagai remaja
• Etika dalam personaliti
Remaja dan Warna
• Personaliti melalui warna
• Kuasa Kehebatan Warna
Slot 2
Komunikasi
Tatacara Pergaulan Dan komunikasi
• Etika Sensitiviti dalam personaliti
• Tips penjagaan tatasusila sebagai remaja
• Tatacara Pergaulan Dalam Suasana Formal Dan Bukan Formal
Slot 3
Remaja dan Stail Penampilan
• Analisis Wardrobe anda
• Konsep Pakaian: sopan dan segar
• Remaja dan Aksesori : Pemilihan bentuk kaca mata ,Hiasan diri
• Pemakaian tudung dan stail rambut

Hormati tubuh anda: “Tubuh bukan untuk tatapan umum”
• Struktur tubuh dan Bentuk Muka
• Fahami dan Kenalpasti struktur tubuh dan Bentuk Muka anda

Penjagaan kebersihan diri
• Penjagaan tubuh dan kulit
• Slot Bonus : Penampilan segar dan sopan

Berminat sila inbox Teens.NEXT segera.
Dikendalikan oleh trainer profesional.
Bersama memajukan anak bangsa!!!

Selamat Datang(^__^)/

Hello...Terima kasih kerana melawat blog Teens.NEXT. Klik LIKE jika anda suka dengan 'design' profile blog Teens.NEXT di fanpage fb @Teens.NEXT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...