Apa relevannya untuk berkata "TIDAK!" dalam kehidupan seharian kita.
Hari ini saya akan berkongsi dengan saudara/i segala perihal katakan "TIDAK!"
Menurut Irfan Khiari Jutawan Internet Malaysia di dalam blog beliau http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/katakan-tidak/
Kita sebagai orang timur yang penuh dengan budi bahasa, kadang kala rasa berat untuk kata “tidak” dan menolak permintaan seseorang.
Sekiranya seseorang meminta anda melakukan kerja yang tidak bernilai tinggi untuk masa anda, belajar untuk menolak permintaan tersebut. Katakan “tidak”.
Dari segi psikologi pada diri anda juga, dengan menolak kerja-kerja yang bernilai rendah, anda akan lebih menghargai nilai diri anda sendiri.
Katakan “tidak” adalah antara kaedah pengurusan masa supaya masa anda lebih terjaga.Katakan “tidak” pada aktiviti yang tidak selari dengan matlamat anda, kemudian, anda boleh katakan “YA” dalam aktiviti yang menuju ke arah matlamat anda.
Agree to disagree!
Iaitu, sekiranya anda tidak setuju dengan sesuatu, katakan dan jangan simpan. Masyarakat Malaysia seringkali sekiranya tidak setuju dengan sesuatu, disimpan dalam hati. Ianya hanya akan memakan diri sendiri, dan melemahkan keyakinan diri sendiri.
Dato’ Ghazali menceritakan pengalamannya menyuarakan rasa tidak setuju dengan Tun mengenai suatu isu pada tahun 80-an (face to face). Dengan melakukan itu, mendapat respect dari Tun Dr Mahathir.
Sekiranya nawaitu anda betul, jangan takut menyuarakan pendapat anda (tidak kira pada boss, pekerja, kenalan etc). Cuma, anda perlu berikan fakta sokongan. Dan yang penting sekali adalah, sekiranya tidak setuju, berikan alternatif (cara yang betul), dan bukan sekadar mengkritik sahaja.Itu adalah langkah seorang yang berjaya!
Apa akan jadi sekiranya pendapat anda tidak mendapat sambutan dari pihak yang satu lagi? Tak mengapa… biarkan sahaja.
Sekurangnya, anda telah menunjukkan anda mempunyai nilai seorang yang berjaya, serta, dengan menyuarakan pendapat anda, anda akan menambahkan keyakinan pada diri anda sendiri. Anda akan lebih appreciate semangat yang ada pada diri anda dan ini akan memotivasikan diri anda untuk melangkah lebih tinggi.
Daripada Buku 55 Petua Orang Berjaya, karya Dato'Dr.Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof ada 4 Petua untuk Berkata "TIDAK!
Beliau menyarankan 4 perkara yang perlu saudara/i ingat ketika berkata "TIDAK!" Jika saudara/i dapat memahirkan diri berkata 'tidak', sudah tentu saudara tidak akan disusahkan oleh orang lain lagi.
1. BERI ALASAN
jika saudara/i menolak mentah-mentah tanpa sebab dan alasan, sudah pasti saudara/i dikenali sebagai orang yang malas walaupun saudara menolak kerana kerja-kerja saudar/i yang sememangnya sudah banyak. Oleh itu sebelum mengucapkan perkataan 'tidak' kenal pasti kanapa saudara/i terpaksa berkata demikian dan jelaskan kepadanya.
2. BERDIPLOMASI
Ada risiko apabila saudara/i berkata 'tidak'. Biasanya ia menyebabkan pihak lain kecil hati, kecewa, bahkan ada yang marah. Oleh itu jangan gunakan perkataan ini sewenang-wenangnya. Gunakan kaedah diplomasi. Gunakan akal yang bijaksana.
3. CADANGKAN ALTERNATIF BAGI MENGIMBANGKAN PENOLAKAN.
Jika saudara/i tidak berupaya untuk berkata 'Ya' jangan sekali-kali mengabaikan orang yang meminta itu. Cuba membantunya setakat yang mampu bagi mengimbangi penolakan saudara. Saudara/i boleh mencadangkan orang lain yang lebih layak contohnya ataupun mencadangkan direktori di mana dia boleh mendapatkan lebih banyak senarai nama yang dapat membantu.
4. JANGAN MENANGGUHKAN KEPUTUSAN.
Tentu saudara/i pernah mendengar orang akan berkata, "Hmmm...nantilah aku fikir dulu." Kata-kata begini sebenarnya tidak menggembirakan orang yang meminta bahkan kadangkala menimbulkan rasa kurang enak. Biasanya orang menangguhkan keputusan kerana tidak berani untuk berkata 'tidak'. Selepas beberapa hari kemudian, baru dia memberi pelbagai alasan yang direka-reka. Jika ini yang saudara/i lakukan, saudara pasti dicemuh oleh orang. Jangan jadi pengecut. Buat keputusan segera dan nyatakan dengan berdiplomasi.
No comments:
Post a Comment