Mitos Khidmat Kaunseling
- kaunseling adalah nasihat
- hubungan kaunseling hanya sehala
- kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia
- kaunselling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup
SEBENARNYA…………
Kaunseling BUKAN bererti nasihat, ataupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepad semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien. Keistimewaan khidmat kaunseling ialah membimbing ialah membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
Oleh kerana bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk DUA HALA . Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka dan cuba memahami serta mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara kaunselor dank lien turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu, FOKUS PERBINCANGAN ADALAH PADA KIRI KLIEN DAN PERANANNYA DALAM PERMASALAHANNYA, BUKAN MASALAHNYA.
KAUNSELING MERUPAKAN SATU PROSS PEMBELAJARAN SEMULA. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat baru hasil daripada interaksi bersama kaunselor, mendapat kemahiran baru melalui contoh atau model daripada kaunselor dan melalui main peranan.
No comments:
Post a Comment