Buat kamu...apa erti REMAJA???
Page ini diwujudkan atas dasar keprihatinan dengan keperluan REMAJA hari ini dan juga berdasarkan pengalaman serta pengamatan saya sebagai kaunselor sekolah.
Page ini;
Melontarkan idea-IDEA SEGAR dan SEDAR.
Membuahkan pemikiran MINDA SEGAR dan SEDAR..
Menggerak ampuh FIZIKAL SEGAR dan SEDAR
Page ini;
Melontarkan idea-IDEA SEGAR dan SEDAR.
Membuahkan pemikiran MINDA SEGAR dan SEDAR..
Menggerak ampuh FIZIKAL SEGAR dan SEDAR
Saturday, 10 September 2011
Thursday, 8 September 2011
Kemahiran Kaunseling; memahami bahasa tubuh/komunikasi nonverbal
Berkata-kata dalam diam, maksudnya tetap sampai. Tubuh terus menjadi 'bibir' yang berkata-kata. Biar pun berahsia, ada cara mencungkil cerita.
*Salah satu kemahiran kaunseling; kemahiran memahami bahasa tubuh/komunikasi nonverbal*
Tuesday, 6 September 2011
Perhubungan Kaunseling dan Personaliti Kaunselor
Perhubungan Kaunseling dan Personaliti Kaunselor
Perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor, iaitu mesra, jujur dan menerima tanpa syarat dan berempati.
MESRA
Sifat mesra kaunselor akan dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan tanda-tanda berikut, tidak kekok bercakap, relax, selesa dan ‘rasa’ diterima oleh kaunselor.
JUJUR
Kaunselor yang jujur adalah kaunselor yang tidak berpura-pura dalam perhubungannya dengan klien,. Dia bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensif dan konsisten.
Dia mampu berkongsi aksi dan reaksi dari segi mental dan emosi dan tidak teragak-agak untuk memberi maklum balas.
MENERIMA TANPA SYARAT
Ciri-ciri ini menunjukkan bahawa kaunselor perlu menerima diri klien yang sebenarnya. Kaunselor perlu menerima diri klien yang sebenarnya. Kaunselor perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien datang dengan cerita yanb berbagai-bagai. Kaunselor perlu berpandangan terbuka. Dia perlu mengelakkan diri daripada pandangan yang negative atau serong terhadap kliennya.
BEREMPATI
Ini merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien samabil memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini.
(Petikan daripada KAUNSELING INDIVIDU – APA DAN BAGAIMANA oleh Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Moktiar, FAJAR BAKTI, 1996)
PENGENALAN TENTANG KAUNSELING
Mitos Khidmat Kaunseling
- kaunseling adalah nasihat
- hubungan kaunseling hanya sehala
- kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia
- kaunselling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup
SEBENARNYA…………
Kaunseling BUKAN bererti nasihat, ataupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepad semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien. Keistimewaan khidmat kaunseling ialah membimbing ialah membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
Oleh kerana bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk DUA HALA . Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka dan cuba memahami serta mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara kaunselor dank lien turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu, FOKUS PERBINCANGAN ADALAH PADA KIRI KLIEN DAN PERANANNYA DALAM PERMASALAHANNYA, BUKAN MASALAHNYA.
KAUNSELING MERUPAKAN SATU PROSS PEMBELAJARAN SEMULA. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat baru hasil daripada interaksi bersama kaunselor, mendapat kemahiran baru melalui contoh atau model daripada kaunselor dan melalui main peranan.
Subscribe to:
Posts (Atom)